Shortcut keys basic level atau kunci pantas asas untuk windows
assalamulaikum
Tidak dinafikan lagi bagi admin dan semua pengguna komputer/laptop khususnya di Malaysia, semuanya menggunakan windows sejak dari awal penggunaan lagi betul tak? Bagi admin, mula-mula terdedah kepada komputer adalah pada admin belajar dalam tingkatan 2 semasa itu admin sangat teruja apabila setiap hari isnin pagi kerana masa itu adalah untuk subjek IT di lab sekolah dan admin sangat suka belajar komputer.(tp hakikatnya suka kerana dapat main game dengan kawan-kawan mase itu).Pada masa itu seingat admin window yg digunakan ialah win 98.
Jadi untuk post kali ini admin nk share skit basic shortcut key untuk windows yang biasa admin guna untuk memudahkan kerja admin
Tekan:
Lambang window: Buka Start menu
ALT+TAB: Switch program (Untuk tukar program yang aktif pada window)
ALT+F4: Untuk keluar atau tutup program
SHIFT+DELETE: Delete atau padam item permanently
Windows Logo+L: Lock Komputer (Pastikan anda tahu password anda dahulu)
F2: Rename (Beri nama baru)
yang admin biasa buat kalau guna perisian Word:
CTRL+C: Copy (salin balik)
CTRL+X: Cut (memotong atau mengambil ayat)
CTRL+V: Paste (me"lekat"kan apa yang telah di"potong".)
CTRL+Z: Undo (undur)
CTRL+B: Bold (Menebalkan ayat)
CTRL+U: Underline (meletakkan garisan dibawah ayat)
CTRL+I: Italic (memberi efek mengereng)
F2: Rename (Beri nama baru)
Sebenarnya banyak lagi yang anda boleh dapat shortcut-shorcut yang lebih advance pada carian google kerana apa yang admin tulis dan kongsikan ini adalah shortcut yang biasa admin guna kalau buat kerja.Akhir sekali, selamat mempraktikkan shortcut tersebut kerana Kalau kite dapat praktikkan ini sekurang-kurangnya akan memudahkan kerja dan menjimatkan masa kita seterusnya dapatlah kita menikmati hidup kerana hidup ini kan indah....
wassalam.
0 Comments