Assalamualaikum,
Lama admin xupdate blog ni sebab...ntah..admin pun xtau kenapa. Semangat menulis ni amat susah untuk dimengertikan. Insyaallah mulai hari ini admin akan update sekurang-sekurangnya seminggu sekali sebab ini saja la cara untk admin meluahkan pendapat dan salah satu cara utk mengabadikan memori yang admin ada.
Sebab lain untuk menulis blog ni adalah utnuk memperkasakan bahasa dan kreativiti membina ayat sebab kali terakhir admin buat esei dan membuat ayat untuk penghasilan artikel ialah pada peperiksaan SPA bagi jawatan pegawai Kastam. Itu pun DUA TAHUN yang lalu. Aduyai...ini serius!!. Terasa macam susah je nk wat ayat sekarang. Jadi admin harap dengan adanya blog ini dapat la membantu admin untuk lebih kreatif mengutarakan pendapat peribadi,melalui PENULISAN..
So sbb utama dh tau, jadi tiba saat utk ice breaking la yer..hehe. Admin ni berjantina L, berumur dalam 26thn(2013).Kerja sebagai penolong pengurus anak syarikat di sebuah syarikat swasta di pantai timur.(klue ..Budu). Berpendidikan ijazah dlm bidang rangkaian komputer. Status, akan berubah xlama lagi dan merupakan anak sulung dalam keluarga.
Sifat admin sebenarnya suka share masalah dan pendapat pada smua orang. Agak macam attention seeker di situ tapi sejujurnya, lumrah manusia. admin tak boleh pendam masalah sorang-sorang. Boleh GILA jadinya.Walaupun admin tahu, kalau share kat blog pun bukannya ada orang tolong selesaikan, tp sekurangnya admin dapat baca balik blog ni dan cuba baiki diri bila ada penyelesaian bagi masalah ynag berulang tu. GENIUS kan admin. WAHAHAHAA.....
Masalah sebenarnya bagi admin adalah salah satu keindahan kehidupan, sebab tu nama blog pun Hidup Ini Indah..hahha.. Macam mana dpat nama blog ni? nati admin akan ceritakan pada nukilan yang seterusnya.
Adios...Amigos...wassalam.
0 Comments