Pernahkah anda terfikir sewaktu untuk keluar rumah ketika waktu penyakit seperti Covid -19 ini, betulkah cara pemakaian topeng muka atau mask yang kita gunakan sekarang?
Soalan ini sering berlegar semasa saya menggunakan topeng muka maka saya terus mencari jawapan untuk persoalan ini . Setelah saya periksa sendiri di laman web World Health Organization (WHO) barulah saya perasan bahawa cara saya pakai topeng muka selama ini adalah salah.!!!
malu beb..heheh
Cara untuk memakai topeng muka yang betul ialah:....
Ingat sifir ini : TUNJUKKAN LAH WARNA MU!!!
Hanya ada satu cara untuk memakai topeng muka dengan betul, adalah dengan sisi berwarna menghadap ke luar.
Ini kerana Bel Nawhen salah seorang kolumnis untuk Medical Mythbusters Malaysia telah berkata, topeng muka biasanya dipakai oleh profesional penjagaan kesihatan untuk mencegah jangkitan yang ditularkan oleh titisan pernafasan (droplet).
Kerana lapisan luar adalah bersifat hidrofobik atau lapisan penahan bendalir manakala lapisan dalaman adalah untuk menyerap kelembapan, kerana udara yang kita bernafas mengandungi kelembapan. Terdapat juga lapisan tengah yang menapis bakteria.
Untuk gunakan topeng muka juga ada tatacara sebelum dan selepasnya .Tatacara sebelum dan selepas menggunakan topeng muka :
- Sebelum memakai topeng, bersihkan tangan dengan gosok tangan menggunakan pembersih tangan berasaskan alkohol atau sabun dan air.
- Tutup mulut dan hidung dengan topeng dan pastikan tiada jurang di antara muka dan topeng.
- Elakkan menyentuh topeng semasa menggunakannya; jika anda lakukan, bersihkan tangan anda dengan sapu tangan atau sabun dan alkohol yang berasaskan alkohol.
- Gantikan topeng dengan yang baru sebaik sahaja ia lembap dan jangan gunakan semula topeng tunggal.
- Untuk membuang topeng muka: tanggalkannya dari belakang (jangan sentuh bahagian depan topeng); ikat @ bungkuskan dan buang dengan segera dalam tong sampah yang tertutup;
- Bersihkan tangan anda sekali lagi dengan menggosok tangan menggunakan pembersih tangan berasaskan alkohol atau sabun dan air.
![]() |
| kiri : cara guna yang betul kanan: cara guna yang salah |
Selama ini mati-mati ingat yang sihat pakai topeng sama sebelah kiri dan yang tidak sihat pakai topeng sebelah kanan. Heehehhe
Jadi kesimpulannya , sebelum nak keluar dan nak pakai topeng kena ingatkan diri balik, sama ada...
Cara Aku Pakai Topeng Muka Ni Betul ke Tidak?
Sekian.
Untuk rujukan :
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/28/show-your-colours-only-one-way-to-wear-surgical-masks-correctly-with-the-coloured-side-out
https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public/when-and-how-to-use-masks

0 Comments