Assalamualaikum,
Salam ziarah.
Untuk segment ziarah kali ini, admin telah menziarahi salah satu masjid yang  tersibuk  dan tempatnya terletak di tgh-tgh bandar kota bharu. Iaitu masjid al-baroah pasar besar siti khatijah. Kenapa admin kata masjid tersibuk? Kerana ianya brhampiran dengan pasar besar siti khatijah dan berdepan dengn parkson kbtc. Jadi anda boleh la bayangkan betapa sibuknye tempat tersebut ditambah pula dengan kesibukan jalan raya di bandar. Biasanya admin hnya berjalan kaki ke masjid ini kerana mudah bagi admin n miss tunang sbb kami akan siggah utk smbhyang jemaah di sini jika kami ad urusan di kota bharu. Masjid ini adalah sebuah masjid dua tingkat tapi bgi bahagian maslimin tempat solat adalah di level dua kerana level satu adalah tempat utk pengurusan masjid. Alhamdulillah. masjid ini dilengkapi dengan alat penghawa dingin serta kipas dinding yang banyk.  Berikut adalah gmbar yang sempat diambil oleh admin utk perkongsian bersama.