Assalamualaikum..salam ziarah

Sedang admin dan miss tunang bersiar-siar di kb mall, suara azan asar berkumandang semasa admin ingin parking "superbike" EX5 admin. Miss tunang terus mencadangkan utk trus smyg asar di surau dibelakang bangunan kbmall iaitu kb cyber plaza. Ramai yg mengatakan bangunan ini adalah sebahagian dari kbmall tp sebenarnya tidak. Bangunan ini dibina pada mulanya utk dijadikan sebagai bazar membeli belah utk peniaga tempatan berniaga. Ianya diberi nama KB Bazar pda mulanya kini ditukar kepada Kb Cyber Plaza dimana ianya diharap menjadi satu pusat atau tapak perniagaan berteraskan IT di kota bharu setanding dengan low yatt kuala lumpur. Entah apa silapnya bangunan ini tidak diguna dengan sepenuhnya kerana hanya beberapa buah kedai sahaja yang ad di sini. Keadaan Semuanya bagai hidup segan mati pun xmau.

Mjurlah bangunan ini mempunyai satu jejantas yg menghubungkannya dengan Kb Mall, sekurang-kurangnya ada juga orang yg melalui bangunan utk ke surau. Itu pun kerana surau di Kb mall sedang dibaiki. Selepas admin bersmyg asar berjemaah, imam ketika itu seorang hamba Allah ingin meminta kebenaran jemaah utk memberikan sedikit tazkirah. Perkara ini adalah jarang-jarang berlaku semasa admin berjemaah di surau kecil. Alhamdulillah, banyak input dan peringatan yg admin dapat dari tazkirah tersebut. Sesungguhnya nasihat menasihati sesama insan adalah tanggungjwab setiap insan dan ianya dapat saya lihat sendiri semasa admin di surau tersebut. Ok,berikut adalah gambar-gambar semasa admin di surau tersebut.