Lelaki yang duduk di kerusi ini telah ditahan kerana mengkritik polis China dalam kumpulan sembang WeChat. Dalam video asal, dia memohon maaf dan memohon ampun kepada dua polis yang telah dibawa ke hadapannya.
Video itu dibuat pada tahun 2015. Ia muncul pada tahun 2018, memberikan gambaran bahawa dia adalah seorang Muslim Uyghur. Walaupun pada hakikatnya penyeksaan ini ditujukan kepada orang Islam, dia kemungkinan besar bukan salah seorang daripada mereka.
![]() |
| kedudukan suspek pada "kerusi harimau" |
Menurut banduan dan peguam terdahulu yang disoal siasat, kerusi harimau itu adalah kerusi soal siasat yang digunakan ejen polis China untuk mengikat suspek. Mereka akan dibelenggu di kerusi besi ini selama berjam-jam atau bahkan berhari-hari pada satu-satu masa, Suspek akan alami pelbagai kesan buruk antaranya kekurangan tidur , kelaparan dan tidak dapat bergerak sehingga kaki dan punggung mereka membonjol.
Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan mencadangkan pengharaman penggunaan "kerusi harimau" pada 2015.
sumber :https://www.news.com.au/world/asia/tiger-chair-sick-torture-tactics-in
-chinese-prisons/news-story/c6681dd9adc7a45ac7681d18d5af5816


0 Comments